Bagaimanakah Kelembapan Ekonomi AS Boleh Menjadi Suatu Perkara Yang Baik? 

Baca artikel ini di laman web FBS

Berita buruknya ialah ekonomi AS telah lembab untuk suku yang kedua berturut-turut pada 2022, memasuki kemelesetan teknikal. Itu penguncupan keluaran dalam negara kasar (KDNK) selama dua suku berturut-turut. Walau bagaimanapun, berita baiknya pula ialah ekonomi yang lembab mungkin apa yang diperlukan oleh AS untuk memenangi perjuangannya menentang inflasi.

Ketika ekonomi AS dibuka semula untuk pemulihan selepas pandemik, pertumbuhan ekonomi melantun naik semula dengan pesat, disokong oleh pengguna yang membelanjakan simpanan dan rangsangan yang dipam ke pasaran. Tetapi sokongan yang hebat ini telah mendorong kenaikan harga dengan begitu kuat sehingga inflasi tidak terkawal (9.1%, tertinggi dalam 40 tahun), dengan permintaan yang kuat dan penawaran yang sederhana.

USeconomy.png

Adakah kenaikan kadar Fed membantu dalam mengurangkan permintaan?

Kesan dari campur tangan Fed untuk mengembalikan inflasi ke sasaran 2%, selepas menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali sejak Mac 2022, dua daripadanya sebanyak 75 mata asas secara berturut-turut, kini jelas terlihat pada ekonomi. Walaupun bank pusat AS itu bergantung pada alat kegemarannya - kadar faedah - untuk menyejukkan permintaan dan inflasi dengan menjadikan pinjaman lebih mahal, ia berisiko menjerumuskan ekonomi ke kancah kemelesetan.

Nampaknya semua kenaikan kadar yang mendadak tersebut mula menampakkan hasil. Ekonomi AS menguncup sebanyak 0.9% in suku kedua berturut-turut, mencerminkan kelemahan ekonomi dengan perbelanjaan pengguna yang perlahan di tengah-tengah kenaikan harga, kemerosotan pelaburan dan aktiviti ekonomi serta pasaran perumahan yang lembap. The Fed mahu melihat permintaan jatuh untuk "satu tempoh yang berterusan" untuk memberi peluang inflasi turun tanpa memasuki kemelesetan yang mendalam, kata Pengerusi Fed, Jerome Powell.

Walaupun Powell berpendapat ekonomi AS tidak mengalami kemelesetan pada masa ini, beliau mengakui bahawa ekonomi semakin memperlahan dan mungkin perlu lebih perlahan agar inflasi boleh kembali ke bumi. Rizab Persekutuan berkata bahawa usahanya untuk menentang inflasi tertinggi dalam tempoh 40 tahun bukanlah mudah, kerana ia bermakna ekonomi mengecut dan pasaran pekerjaan turut memperlahan.

Bagaimanakah kelembapan ekonomi AS boleh menjadi suatu perkara yang baik?

Bila ekonomi semakin perlahan, tekanan inflasi akan jatuh, dan harga akan menjadi tenang. Seterusnya, itu mungkin akan mendorong Fed untuk mengurangkan kenaikan kadar yang agresif dan akan menuju kepada kenaikan yang lebih kecil dalam mesyuarat yang akan datang. Bahayanya ialah dengan ekonomi yang mengecut, permintaan boleh jatuh begitu mendadak sehingga ekonomi akan terdorong memasuki kemelesetan.

Adakah penguncupan ekonomi AS akan menjejaskan kenaikan kadar Fed?

Kami tidak fikir penurunan KDNK akan menjejaskan kitaran kenaikan kadar Fed. Sebabnya ialah bukti kelembapan dalam data pekerjaan AS atau peningkatan dalam pemberhentian pekerja masih belum terlihat lagi, dan itu adalah petunjuk-petunjuk yang turut digunakan oleh ahli-ahli ekonomi untuk mengukur sama ada sesebuah negara sedang mengalami kemelesetan. Kadar pengangguran stabil pada 3.6%, yang terendah daripada tahap pra-pandemi.

Data pasaran buruh akan datang akan menjadi asas yang terbaik untuk melihat sama ada kita menuju ke arah kemelesetan atau tidak. Jerome Powell menolak soalan tentang sama ada ekonomi AS berada di dalam atau di ambang kemelesetan, dengan alasan pasaran buruh ternyata kuat kerana syarikat AS terus menambah lebih 350,000 pekerjaan setiap bulan.

LOG MASUK

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.